Tuesday, November 12, 2013

ISLAMIC TOY FOR BABY SUMAYYAH...


Bila dah ada anak, hari-hari dok terfikir apa yang terbaik nak bagi kat dia kan. kalau kecik2 mainan la kan. Tapi ibu Sumayyah ni tak berminat nak belikan princess nye bear, anak patung, dll. bukan apa. Sebab dah berlambak dah kat umah. Kononnya nak carilah kelainan sikit untuk baby Sumayyah ni.



Sambil-sambil  survey kat internet, ibu Sumayyah ni sudah jatuh hati sama Apple Islamic Toys. Beli dengan seorang peniaga online, RM60. Wow. Pada ibu boleh tahan gak harganya. Tapi beli je la. Baby Sumayyah suka. bawak p tido, bila nak tukar channel dia hempas ke lantai (sebab tak reti tekan button), pegang masa tengah makan suka suki dia baling termasuk dalam mangkuk bubur. But guest what. Berbunyi n menyala lagi mainan ni. Ibu suka!





Disebabkan kebest...san (perkataan sendiri. hihi. jgn marah DBP) mainan ni, ibu pun tanya dengan penjual online tu, plan nak beli borong atau buat dropship. niat nak share ngan semua orang yang mungkin tercari2 jugak Islamic Toy untuk baby diorang. Malangnya, dok tanya tak berbalas.

Ibu Sumayyah tak putus asa, dok cari orang yang nak jual borong. Alhamdulillah. terjumpa satu hamba Allah ni dan dapat harga gile2 jauh lebih rendah! Apa lagi, berborong lah ibu Sumayyah. First borong haritu tak sempat nak post kat blog sebab dah habis :D  Ni second time ibu borong, dan bagi yang berminat kat luar sana, boleh terus sms ibu untuk dapatkan Islamic Toy ni. Berbaloi-baloi!!!
fb: Sulastri MJ @ 0172951109  :>






Friday, October 18, 2013

Nak Hamil dan Anak

Lama betul dah tak post kat blog. harini tetiba rasa nak buat entry tentang HAMIL & ANAK.

Aku ni lepas 3 tahun kahwin baru dapat anak. setahun setengah yang pertama gugur, masa tu outstation kat Sabah. macam2 usaha aku buat. buat semua yang orang suruh. makan buah hawa, urut, makan tu minum ni. biodex je tak amik sebab tak mampu. huhu.

Kalau nak kata tentang cabaran, memang tuhan je tau. ye lah. Adik beradik suami 12 orang dan dia anak sulung. Tahun yang sama kami bernikah, 3 orang adik suami pun kahwin juga dan semua dah dapat zuriat. Bila takde anak, orang tuding jari kat aku. Bersyukur dapat family, mak n mak mertua yang memahami. depa relak, orang lain plak yang lebih. memang sakit hati.... Tambahan pulak keguguran masa outstation. Walaupun masa tu baru 2 bulan setengah, tapi memang sangat terasa. Terus trauma tak boleh pegang baby langsung. Adik ipar dapat baby sanggup tak p ziarah sebab kalau tengok baby, confirm nangis tak henti....

Kalau cakap pasal urut, memula p jumpa ada orang tua ni kat Pagoh , Johor. Baru sekali 'berubat' orang tu dijemput Ilahi. takde rezeki aku la kan. Pastu masa p shooting kat Batu Kurau, Perak, sembang2 ter berkenalan dengan satu makcik ni tukang urut. masa tu shooting dengan jiran dia yang bela berpuluh ekor arnab. Mulalah sesi ulang alik KL- Batu Kurau, makan jamu, ubat n urut dengan makcik ni, tak jalan jugak. Masa tu dah mula give up. tapi tetap teruskan. Kengkawan yang p mekah dok belikan buah hawa, n tak lupa juga kirim doa mereka yang p buat haji n umrah.

Inilah rupa buah Hawa. Husband belah guna gergaji. sangat keras.
kredit kpd tuan punya gambar, wanitaislamkini.blogspot.com

Last sekali jumpa mak bapak kawan di Rawang. 'Adik' ni memang dari dulu suh aku jumpa parents dia minta nasihat. Selepas 3 tahun, baru terbuka hati nak p jumpa. Maknya bagi tips untuk wanita, Bapaknya urut n bagi tips pada suami.

Syukur rezeki Allah, lepas dua tiga kali berulang jumpa dan buat semua yang disuruh, aku disahkan mengandung. Suami keluar mandat, NO OUTSTATION. Pasrah. So paling jauh keluar shooting Shah Alam. Nasib baik gak bos memahami.




Excited. amik gambo outdoor..


23 October 2012, lahirlah baby Nur Sumayyah, yang dah lama betul ibu dan ayah tunggu. December 2013 ni akan menyusul pula adik Sumayyah.






Buat semua,  betul rezeki Allah yang beri, tapi kita sebagai manusia tetap kena usaha. Jangan malu bertanya orang. Bila kita buka mulut, orang lain mungkin boleh cadangkan penyelesaiannya, bagi contact. Bukan kita seorang hadapi masalah ni kat dunia. Jangan putus asa.Insyaallah rezeki ada, antara cepat dan lambat je...

Sunday, June 30, 2013

tulang pinggul hancur?

salam readers. post kali ni tak dapat nak share gambar. sebab masa kejadian, tab pulak habis bateri. hmmm.... story kali ni berbunyi begini...

di hari sabtu yang hening, hari yang sepatutnya su spend dgn keluarga, terpaksalah dikorbankan demi tugas.inilah benda yang seorang wartawan kena hadap. tapi bukan selalu pun ( mungkin sbb su dah senior kot. so assignment weekend mintak tolong junior setel. hehe. tapi kali ni terpaksa gak p...). k da stat melalut.

sabtu haritu su p cover fashion show designer dari indonesia. memang meletopsss. kang kalau su edit story tu su post gambo ek. pastu masa kat meja makan su duduk kat sebelah aunty ni.dgn confident su tanya,
" puan ni media ke?"
" bukan dik. saya tetamu jemputan"
ok. saya sudah malu di situ. hehe. takpelah. kata pun baru nak berkenalankan.
tiba waktu makan. su simpati dengan puan sebelah su tadi. dia ada problem dgn tangan dia. tgn kanan dia menggeletar dan tak kuat nak angkat sudu. so dia pegang sudu dgn 2 tangan. dlm pinggan ada spagetti dgn pisang goreng.rasa mcm nak tolong suap je tapi takut dia malu. dia berjaya gak makan spageti dgn usahanyg gigih.

tiba tang pisang su tak tahan dah. su terus minta izin dia untuk tolong potong2 kan. dan dia izinkan. su pun potong kecil2 . bagi senang dia makan. pastu designer plak panggil sebab td su minta interview pelakon sinetron kat belakang pentas. siapa pun bukan su kenal. tak tgk cite indon pun. layan je la.

setel keje duduk balik kat tempat tadi. puan tu mula cerita tentang penyakit dia.
" saya dulu lagi teruk tak le jalan langsung. sebab tulang pinggul hancur."
" what? hancur? eksiden ke? " tengok. wartawan yg suka sibuk hal orang.hihi
" bukan. saya ada makan ubat asma ni. 5 tahun. asma hilang. tapi tak sangka rupanya effect kat tulang. sejak tu melarat"

seram gak dgr kan. so pengajaran utk kita, kalau nak ambil sebarang ubat tu kena check betul2 sama ada selamat atau tak. jgn mudah percaya dan bertanyalah dgn pakar. time ni lah korang kena gunakan kawan2 korang yg dah bergelar doktor tu. dapat consultation free... : D

masa nak balik aku pun salam puan tu n dia terus peluk aku erat. lama ok. terkejut gak. bukan peluk yang laga pipi kiri kanan  tu. tapi peluk mcm seorang mak yg lama x jumpa anaknya. terharu sat. beria dia minta kad. su bagi je la.  moral of the story, kalau nampak seseorang dalam kesulitan, tolonglah dia. seronok  bila tgk orang lain gembira. tak percaya? cuba try dulu. ok chowwww. kang kita sambung lagi ek. banyak benda nak cite tapi banyak sgt assignment musim2 nak raya ni. daaaaaaa :>

Thursday, June 27, 2013

My first Post - Rezeki Kita

Hi readers... this is my first post. Dah tua bangka macam ni baru nak berjinak-jinak dengan blog. teruk betul saya ni ek. But its ok. age is just a number betul tak (ayat sedapkan hati sindri. cehhh). OK. First thing, tujuan su nak start buat blog ni bukan apa. Harap dengan adanya blog ni kita semua dapat share something. Su dapat something dari u all yang comment dan u all dapat something dari hasil contengan Su ni (contengan? kena tukar jadi taipan kot. kang confuse plak dengan TAIPAN kat Subang tu. hmmmm).

Intronye. terus stat dengan zaman kerja kot.Sesuai dengan tajuk kan? Cenggini....  

Masa study degree dulu Su amik Biologi kat UiTM dan kini bergelar wartawan. WHAT? WARTAWAN? MACAM MANA SU BOLEH JADI WARTAWAN? BUDAK BIO KAN SKEMA (erkkkkk. tercekik air liur sat).  Tulah soalan yang su selalu kena jawab setiap kali su bagitau orang tentang background education dan kerjaya su skarang. Langsung takde kena mengena. Yup. Itulah yang dinamakan  rezeki. Ceritanya macam ni...... Before tu, nak share sikit gambar masa stadi. punyelah antisocial. amik gambo dengan orang yang sama je Tapi depa ni memang best.luv u all lah!!! <3 <3 <3.... :P








Family su bukanlah orang senang. so, stat dari sekolah duk pk nak keje n cari duit. kalau tak dapat tolong mak bapak, at least dapat beli barang sendiri. Masa sekolah kerja kedai makan (tolong mak). Lepas SPM keje kat Dunkin Donut (memang best. makan donut FREE hari2). Lepas matrikulasi kerja butik (tak best sangat sebab harga baju kat situ mahal. so tak mampu nak beli :< ). masa kat U amik upah jahit manik (skarang tak buat sebab dah rabun). Final year keje jual tiket wayang kat GSC MidValley (paling best. sebab apa? mesti korang pun tau kan. hahaha). So masa final year tu dok pk tak nak menganggur (pasainya memang tak pandai cucuk tanam pun..  :P). So nak grab ape je peluang yang datang. Nak dijadikan cerita tuhan temukan su dengan satu hamba Allah ni....

" Su. Tempat kerja lama aku nak cari wartawan. tapi company kecik je la. ko nak tak?"
Dalam otak dah terpk. Wartawan? boley ke? basic penulisan pun takat SPM je. tu pun A2. Hantam je la. janji kerja.

Kita pun p interview. Company majalah. Ofisnya atas kedai perabot. signboard pun takde. cuak gak takut kena culik (ada ke orang nak culik pompuan muka pecah rumah ni? hoho)  Masa interview tu memang jujur abis. cakap last buat karangan BM masa SPM. takut kalu nak bercakap dengan orang yang tak kenal. anti sosial dan lain2. Tapi ntah. dah memang tuhan da tentukan yang Su akan lepas interview tu. Alhamdulillah... stat gaji 1k. Alhamdulillah jugak walaupun saiz XS gajinya. huhu... . So stat la hari sebagai wartawan majalah. jaga bahagian semua benda yang berkaitan dengan sains. bolehlah... :>

Panjangnya taip. Sanggup baca lagi tak? p bancuh kopi dulu gi. Dah siap? jom kita sambung.....   :>

Walaupun kerja kat company yang 'comel' dengan gaji yang jugak 'comel', tapi banyakpengetahuan su dapat kat situ. Staf dah macam family. Memang best sangat2. takde masa nak ngata2. kalu mengulat sama2 p beli kasut ada. ahaks. kenangan...

Lepas 4 bulan kerja, senior kat company tu kata ada interview kat TV9. Dia dapat tau dari kenalan dia dalam tu. Senior tu sangat ikhlas siap ajak kawan2 lain p jumpa nasib. So 3 orang dari ofis kami terus p jumpa bos cakap nak balik awal. 

" kenapa kamu semua nak balik awal" bos...
" kitorang nak p interview kat TV9. Interviewnya jam 5," senior
" Erkkk. Interview? dah pukul 3 dah ni. tak pelah. u all pergi la ye" jawab bos su yang memang baik hati tu.

Apa lagi semua orang kelam kabut balik tukar baju n baru nak update resume. kerja gile. tapi buat gak la kan. setel semua kitorang pun melangkah p ke Sri Pentas....

Masa tu rasa kecik sangat. (sekarang ni dah besar dari segi saiz...). P dengan senior yang dah bertahun-tahun jadi wartawan. Bila sampai dekat 20 candidate yang pernah practical kat tv station dan ada background study masscom & yang seangkatan dengannya. Kira su ni macam alien la. tetiba je dak Bio nak mintak jadi wartawan kan. So, lenjan je la.

Nak dipendekkan cerita, daripada 20 candidate tadi 3 orang je yang terpilih termasuk Su. Kedua-dua senior Su tak dapat. terkejut gak sebab depa yang ada kenalan orang dalam. Su tak de kenal sape pun. Time interview toksah cerita lah. dok bersoal jawab pasal background study su dengan apa yang su boleh contribute kepada company (soalan wajib bila intervieew ye adik2...). Masa tu ada soalan bertulis. kertas Su siap kena campak lagi oleh tukang interview tu. Tapi mek buat muka dek je. Tak leh tunjuk stres. cover line baekkkk punye :D

Dan kini, tahun ni menjadi tahun ke3 Su bergelar wartawan. buat program pun macam2 dah. Alhamdulillah rezeki Allah. Masa first time masuk memang susah. Yelah. kita zero knowledge kot pasal broadcast. Tape kita panggil kaset. shot enheld (masa amik gambar tu pegang kamera tak pakai tripod) kita panggil shot handsfree (menatang yang kita pakai kalu nak cakap kat fon masa drive tu). Tu tak masuk lagi bab nak edit guna mesin deck to deck. (bukan pakai laptop ye adik2). Memang masa tu asyik jadi bahan je la dok kena gelak n marah dengan krew & senior. Sebab depa tak paham apa yang Su cuba cakap. Grrrr..... So terpaksalah usaha dok google blaja terms dalam broadcasting. Nak hidup kan... 


Ni share sikit gambo mesin edit deck to deck yang maha hebat tu. kena control 2 mesin dan 2 monitor sekaligus.yang pakai baju kurung macam makcik tu sayalah..  :>


Kalu nak cite complete macam2 lagi su kena hadap sepanjang tempoh baru stat kerja tu. Tapi syukur sangat n tq to tv9 sebab beri peluang dan kepercayaan untuk su deliver story kepada penonton. Banyak rezeki yang su dapat. Bukan duit tapi lebih kepada peluang travel, dapat kenalan baru, jumpa orang ternama (maklumlah cheq ni orang ulu. huhu) dan macam2 lagi. Antaranya...



 Ground event Suarasa TV9 dulu

Dekat lori OB. Dulu Su dok panggil BOD (Biochemical Oxygen Demand.. ngoeng :p)

 With YAM Tengku Amalin A'ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra, Kelantan


With DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar , Sultan Johor

   Jadi floor manager 

  Tumpang merasa pakai helmet n bullet proof jacket member yang nak p Palestin. Berat gile okehh



 : >
 sambil shooting 

 Shooting program GPS Iman TV3 kat perkampungan orang asli Sg. Siput

 Dalam bilik bedah di IJN. nampak spek je la ye

 Merasa gak nak produce science programme :>

 Adore her so muchhh :>

 The best moment in my life. dan insan pertama dalam hidup yang Su mintak autograph :>

 Berangan jadi peserta. Masa ni outstation 28 hari straight. Laki bebel tak yah cite lah...

Antara dugaan bila kuar shooting...


 MORAL OF THE STORY.... Pada pendapat su la ek:

1- Kita jangan pilih kerja sangat  - especially for student yang baru grad. memanglah kita nak kerja gaji besar n kena dengan apa yang kita belajar (penat tak tido malam dok buat thesis kan..). Tapi rasanya jangan terlalu menunggu sangat job yang kita nak tu. Apa yang datang grab je dulu. Dalam masa kerja tu apply je la kerja lain. at least dah dapat pengalaman kerja sikit dari job yang pertama tu kan. Husband saya pernah kerja pam minyak, courier, McDelivery, sapu sampah kat pasar borong pun pernah sebelum dapat kerja gomen. (Tak tipu ok.) Prinsip dia janji kerja dan dapat pendapatan halal. 

2- Masa interview kena confident - kalau nak kata confident Su pun getar lutut gak masa interview kat tv9. tapi su kreatif kaitkan basic edu su dengan kerja yang su mintak (senang kata pandai gebang. tau tak maksud gebang? kira pandai jual diri la. bukan jual yang ituuuuuuu ye.. huh). Su bagitau yang actually tv pun perlu orang background study science. especially bila nak buat science related programme. macam Medik TV ke Majalah 3 ke National Geographic ke, papelah. so orang macam 'saya' ni bolehlah tolong simplify kan terms atau konsep sains tu jadi lebih mudah untuk penonton faham. ha giituuu. Tapi jangan over confident plak. kang nampak macam berlagak. ingat ye adik2. yang penting kena apa? KREATIF BILA MENJAWAB SOALAN... :>

3- Usaha majukan diri sendiri. Kena marah? buat relak je... - blaja lain keje lain. dah tu tak reti2 nak blajo? haaaa.... bila benda ni berlaku (macam saye), apa lagi kenalah rajin tanya pakcik google tentang benda2 berkaitan kerja kita tu. Jangan jadi 'antisocial', bajet pandai, malu (kononnya) tapi tukar kepada ringan mulut berkenalan dengan orang lama. bila dah kenal senang nak tanya benda2 yang kita tak tau n mintak tolong betul tak? kalau kena marah dengan bos atau senior tu biasalah. telan je. akan datang kita plak marah junior kita. wuaahhahahahaha (gelak syaitan.) no no no. jangan guna konsep tu ya. bila kena marah, pk balik sebabnya dan sentiasa  improvekan kerja kita. supaya kita tak menyusahkan orang lain ok. U can do it. Chaiyokkkk!

Macam dah ke laut plak melalutnya. Panjang betul first post ni. harap korang tak bosan., kalau nak tau pape lagi komen je kat bawah nanti ek. Su nak kena tido dulu r. sok ada assignment. kang kita sambung lagi ek. Untuk adik2 dan kawan2, ingat ye. rezeki kita kena cari. tak leh tunggu dia datang sendiri (kalu bapak korang ada company sindri takpelah...huhu). Jangan pilih keje dan kena jadi kreatif macam mana nak sesuaikan apa yang korang blaja dulu dengan kerja korang skarang. Mesti boleh dikaitkan punye. dan yang penting, sokonglah blog Su ni ye. mmmmuaahhh kat semua... zzzzzzzz.... JAP!!!!  sebelum tido, share lagi aktiviti lepas shooting nak hilangkan stres la kononnya...



 bergambo syok sindri. hihi

 makan. aktiviti wajib okehhh

 buat press conference sindri. strictly bukan ngumpat. hehe


 shopping!!!!   tapi ni Jovian sponsor. saje bagi baju raya. huhu. rezeki...

dan ni plak bila nak dekat dateline. 2 komputer sekali pakai ye. skrip & edit story. Mampu? huhu
 (tapi sekarang tak pakai mesin deck to deck lagi!!! kredit kepada diri sendiri kerana berjaya belajar buat editing. dulu dok main mikroskop je.) 


Ok. habis dah. boleh tido. nite semua!!!!!!!