Friday, October 18, 2013

Nak Hamil dan Anak

Lama betul dah tak post kat blog. harini tetiba rasa nak buat entry tentang HAMIL & ANAK.

Aku ni lepas 3 tahun kahwin baru dapat anak. setahun setengah yang pertama gugur, masa tu outstation kat Sabah. macam2 usaha aku buat. buat semua yang orang suruh. makan buah hawa, urut, makan tu minum ni. biodex je tak amik sebab tak mampu. huhu.

Kalau nak kata tentang cabaran, memang tuhan je tau. ye lah. Adik beradik suami 12 orang dan dia anak sulung. Tahun yang sama kami bernikah, 3 orang adik suami pun kahwin juga dan semua dah dapat zuriat. Bila takde anak, orang tuding jari kat aku. Bersyukur dapat family, mak n mak mertua yang memahami. depa relak, orang lain plak yang lebih. memang sakit hati.... Tambahan pulak keguguran masa outstation. Walaupun masa tu baru 2 bulan setengah, tapi memang sangat terasa. Terus trauma tak boleh pegang baby langsung. Adik ipar dapat baby sanggup tak p ziarah sebab kalau tengok baby, confirm nangis tak henti....

Kalau cakap pasal urut, memula p jumpa ada orang tua ni kat Pagoh , Johor. Baru sekali 'berubat' orang tu dijemput Ilahi. takde rezeki aku la kan. Pastu masa p shooting kat Batu Kurau, Perak, sembang2 ter berkenalan dengan satu makcik ni tukang urut. masa tu shooting dengan jiran dia yang bela berpuluh ekor arnab. Mulalah sesi ulang alik KL- Batu Kurau, makan jamu, ubat n urut dengan makcik ni, tak jalan jugak. Masa tu dah mula give up. tapi tetap teruskan. Kengkawan yang p mekah dok belikan buah hawa, n tak lupa juga kirim doa mereka yang p buat haji n umrah.

Inilah rupa buah Hawa. Husband belah guna gergaji. sangat keras.
kredit kpd tuan punya gambar, wanitaislamkini.blogspot.com

Last sekali jumpa mak bapak kawan di Rawang. 'Adik' ni memang dari dulu suh aku jumpa parents dia minta nasihat. Selepas 3 tahun, baru terbuka hati nak p jumpa. Maknya bagi tips untuk wanita, Bapaknya urut n bagi tips pada suami.

Syukur rezeki Allah, lepas dua tiga kali berulang jumpa dan buat semua yang disuruh, aku disahkan mengandung. Suami keluar mandat, NO OUTSTATION. Pasrah. So paling jauh keluar shooting Shah Alam. Nasib baik gak bos memahami.




Excited. amik gambo outdoor..


23 October 2012, lahirlah baby Nur Sumayyah, yang dah lama betul ibu dan ayah tunggu. December 2013 ni akan menyusul pula adik Sumayyah.






Buat semua,  betul rezeki Allah yang beri, tapi kita sebagai manusia tetap kena usaha. Jangan malu bertanya orang. Bila kita buka mulut, orang lain mungkin boleh cadangkan penyelesaiannya, bagi contact. Bukan kita seorang hadapi masalah ni kat dunia. Jangan putus asa.Insyaallah rezeki ada, antara cepat dan lambat je...