Thursday, March 20, 2014

Fafau, AG Dan Fizi. Hotfm cool! πŸ˜†

Macam biasa, pepagi mai opis p isi perut dulu sebelum start kerja. Tapi pagi ni special, dihiburkan secara live oleh penyampai2 radio Hotfm Fafau, AG dan Fizi. Tersengih tak sudah sepanjang minum teh. Kita share sikit video persembahan diorang kat kafe Sri Pentas ni ya. Chaiyokkkk!
video
Sure terharu abg roti canai ni kan ;) x dilupakan, sesi posing ibu sumayyah n fren. Hehe.

senyuman di pagi hari

Dari kiri, AG, Kak Yan (team Nona) Fafau, Fizi dan saya :>

Bersarapanlah macam orang kaya, lunch macam orang sederhana dan dinner macam orang miskin ok. Selamat bekerja!

MH370, kembalilah...

Hari ni hari ke-12 pesawat MH370 hilang dari radar.Ibu sumayyah ke Hotel Everly, meninjau keadaan keluarga MH370. Masa ni ramai family yg dah balik. Mereka lebih selesa dengar berita dari rumah. Yg masih memenuhi ruang lobby ialah media tempatan dan antarabangsa.


Media yang setia menanti di lobi hotel

 


Media. Terus menanti...



Thumbs up buat pihak sekuriti dan semua yg terlibat untuk menjaga kebajikan keluarga. Privacy ahli keluarga dijaga. Media yg hadir pun dijaga baik. Mereka sediakan makan yg best. Nasi beriani beras panjang lagi :)

Tempat ahli keluarga berkumpul


Bergambar bersama makanan yang sedap. Abaikan yang lain di belakang tu ye :>

 
Masih tak dinafikan, keluarga masih bersedih dengan kehilangan mh370.ramai yg tidak mahu diganggu. Tapi kami sangat respect dengan Pak Selamat, ayah kepada Khairul yg berada di dalam mh370. Walaupun sedih, beliau tabah hadapi keadaan dan sudi untuk ditemuramah. Berkongsi rasa dan harapan dengan media buat santapan masyarakat. Tenang bila disoal dan redha dgn ketentuan ilahi.
 
Pak Selamat diinterview wartawan


Ibu Sumayyah bersama media dari Perancis. Ibu tak dapat krew. So terpaksalah shoot sendiri...- Pak Selamat bersama isteri


Wartawan Nasi Lemak Kopi O TV9 bersama adik Khairul, salah seorang penumpang MH370.

 
Apa pun, kami di bumi allah ini terus berdoa, akan ada perkhabaran baik daripada MH370. Segala yg baik datang dari Allah, yg buruk dari diri kita sendiri. ...

Ya Allah,
Jika MH370 di langit, turunkanlah,
Jika di laut, timbulkanlah,
Jika di darat, zahirkanlah,
Permudahkan kerja,
Sampaikanlah khabar gembira buat semua....

SAKSIKAN NONA, 13 APRIL 2014, HANYA DI TV3....

Monday, March 17, 2014

MAKAN LANDAK!

Semalam, ayah Sumayyah buat last minute plan, bawak kitorang semua p makan landak. YESSS. LANDAK!  Actually ibu memang mengidam nak makan landak masa mengandungkan adik Surayya. tapi tak dapat. La ni baru dapat. isk isk. takpe yang penting akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah!
 
Depa letak signboard kat tempat2 yang sangat strategik. Sangat membantu kepada orang yang selalu sesat macam Ibu Sumayyah :>
 
 
 
Lokasinya di Restoran Lembah Bernam, Jalan Parit 9, Sekinchan, Selangor. Punyelah suka sampai hafal alamat kedai tu. ahaks.
 

Pose depan kedai. Restoran Lembah Bernam. Ayah Sumayyah tertutup signboard pule.... (abaikan jerawat ibu. huhu)
 
 
 
Menu yang ada :>
 
Makanan eksotik kena order. so diorang masak fresh.macam landak ada pilihan nak masak rendang, masak kicap, dan apa lagi ntah. tak ingat. Ibu Sumayyah pilih landak masak rendang. again. memang sedap. nyum nyummmm :D
 
Landak rendang untuk ibu, ikan baung masak lemak cili api untuk ayah, ikan keli goreng untuk Sumayyah. Ulam macam2 ada.
 
 
Closeup rendang landak
 
 
 
Maya seronok masuk kampung. Ayah nape buat muka cenggitu ek? hmmm :>
 
 
 
Untuk lauk2 kat atas ikan baung, landak rendang, ulam, ikan keli dan 3 PINGGAN NASI, air sirap limau dan barli suam, total harga RM 38. Tapi puas hati sebab lauknya sume sedap... Bagi u olls yang suka makan, sangat suggestkan datang sini. Kedai nya berdepan dengan sawah. tapi tak amik gambo sawah sebab nak hujan. Nasib baik tak jerebu atau panas. Syukur... 
 
 

Wednesday, February 19, 2014

Nikmat Ibu

Lamanya tak update blog. Al-maklum, sumayyah dah dapat adik baru, so ibu sumayyah bertambah2 lah sibuknya. lagi2 kalau both princess ni 'menyanyi' atau 'poo-poo' serentak. berlari2 ibu ke sana sini. tapi idok juge kurusnya. dushhh...
 
walaupun penat lari sana-sini, mata dah semakin meng'panda' (sorry producer, buat perkataan sendiri..)  tapi rasa bersyukur sangat2 diberi peluang merasai nikmat bergelar ibu. banyak pahala free kita boleh dapat tanpa kita sedar masa kita 'bertugas', berkhidmat kepada anak2 kecil dan bapaknye juge. alhamdulillah...
 
Share gambar Sumayyah dan adiknya, Surayya sikit.:D
 
 
 
 time tido je la boleh snap. bila depa bangun, huru hara! Tapi takpe. ibu sumayyah sukeeee :D

 
 
 
 

Kak Ezah n Wawa (tudung pink) datang melawat. Tudung coklat tu adik n baju coklat tu nenek Sumayyah :>

 
 
Bagi yang masih menanti kehadiran si kecil dalam rumah tangga, jangan putus asa. ibu sumayyah pernah berada dalam kondisi 'penantian seribu harapan'. ibu faham perasaan kita sebagai isteri. yang penting terus usaha, cari alternatif (moden @ tradisional), doa secara spesifik kepadaNYA. Allah maha besar dan mendengar. yang moden boleh rujuk ke LPPKN. kurang sikit kosnya compared to private. Kalau nak yang tradisional, kena ringan mulut dan jgn malu untuk bertanya orang. Ibu sumayyah dulu buat cara tradisional. Memula pi johor, pastu Batu Kurau Perak, Last Rawang. alhamdulillah, lepas ikut cakap pakcik n makcik kat Rawang, Ibu Sumayyah disahkan hamil. Sumayyah dilahirkan kaedah normal. Adiknya terpaksa cezer sebab songsang. 2cara Ibu dah rasa. Yang ketiga? tunggu dulu ek. Yang penting kena cekal dan terus berusaha. Chaiyokkkk.!!!
 
Sampai sini dulu. Nanti ibu Sumayyah stori mori lagi ok! Psssttt. Sabtu ni nak p shooting rahsia cantik Maria Farida. U olls pun nak tau? Nanti kita share ok. Last but not least... 
 
 
Bila ibu bercuti, inilah kojenye... berkarya dari rumah :>


Daaaaaa!!!!  :D