Hari ni hari ke-12 pesawat MH370 hilang dari radar.Ibu sumayyah ke Hotel Everly, meninjau keadaan keluarga MH370. Masa ni ramai family yg dah balik. Mereka lebih selesa dengar berita dari rumah. Yg masih memenuhi ruang lobby ialah media tempatan dan antarabangsa.
Media yang setia menanti di lobi hotel |
Media. Terus menanti... |
Thumbs up buat pihak sekuriti dan semua yg terlibat untuk menjaga kebajikan keluarga. Privacy ahli keluarga dijaga. Media yg hadir pun dijaga baik. Mereka sediakan makan yg best. Nasi beriani beras panjang lagi :)
Tempat ahli keluarga berkumpul |
Bergambar bersama makanan yang sedap. Abaikan yang lain di belakang tu ye :> |
Masih tak dinafikan, keluarga masih bersedih dengan kehilangan mh370.ramai yg tidak mahu diganggu. Tapi kami sangat respect dengan Pak Selamat, ayah kepada Khairul yg berada di dalam mh370. Walaupun sedih, beliau tabah hadapi keadaan dan sudi untuk ditemuramah. Berkongsi rasa dan harapan dengan media buat santapan masyarakat. Tenang bila disoal dan redha dgn ketentuan ilahi.
Pak Selamat diinterview wartawan |
Ibu Sumayyah bersama media dari Perancis. Ibu tak dapat krew. So terpaksalah shoot sendiri...- Pak Selamat bersama isteri |
Wartawan Nasi Lemak Kopi O TV9 bersama adik Khairul, salah seorang penumpang MH370. |
Apa pun, kami di bumi allah ini terus berdoa, akan ada perkhabaran baik daripada MH370. Segala yg baik datang dari Allah, yg buruk dari diri kita sendiri. ...
Ya Allah,
Jika MH370 di langit, turunkanlah,
Jika di laut, timbulkanlah,
Jika di darat, zahirkanlah,
Permudahkan kerja,
Sampaikanlah khabar gembira buat semua....
SAKSIKAN NONA, 13 APRIL 2014, HANYA DI TV3....
SAKSIKAN NONA, 13 APRIL 2014, HANYA DI TV3....
No comments:
Post a Comment