Friday, January 8, 2016

WELCOME 2016!

Post terakhir 2014. Ni baru nak menulis semula. Kenapa? Salah satu wishlist 2016 kot. Sila berkekalan  ye ibusumayyah....

Hari ni nak cerita tentang 'orang'. Tak dinafikan. Kes jenayah sekarang ni makin menjadi-jadi. Orang makin berani tembak dan tikam terang-terangan. Culik sana. Tipu culik sini. Eh? Macam tau je story tu? Hoho... Sampaikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun nak wujudkan jabatan khas untuk bela nasib lelaki yang jadi mangsa dera isteri. Maknanya? Ish ish ish...



Tapi di celah-celah manusia kejam ni, masih ramai yang berhati mulia. Kadang-kadang satu tindakan yang simple, mampu mengubah nasib seseorang. Macam yang berlaku pada saya hari ini.....


PERKARA 1:

Harini p PNB. Almaklum. tak sempat panas dividen duk dalam akaun terpaksalah gak keluarkan demi PTPTN- ku sayang.  *nangess*.  Guess what? orang menunggu sampai melimpah kat luar. PNB siap letak kerusi2 plastik kat luar premis untuk orang ramai sebab kat dalam dah penuh sangat. No giliran yang saya dapat lagi 120 lebih orang awakkkk! huhu.  Tapi, memikirkan PTPTN-ku sayang tu, gigih gak lah menunggu.... TIBA-TIBA.... datang satu awek cun melecun berbaju biru kat saya...

**Dia  - " Awak... nak tak nombor saya. Saya dah ada nombor lain yang lebih awal,"



Jeling kat nombor yang dia nak bagi. WHATTT???  Lagi 5-6 orang je nak sampai gilirannya? Korang rasa apa saya jawab?

**S  - " Alhamdulillah... rezeki saya. Terima kasih banyak-banyak,"

**Dia  -  " Tulah. tadi dah tanya kat beberapa orang. Saya rasa diorang ingat saya nak jual nombor. So diorang tak nak ambil. Nak buang sayang. Eloklah awak ambil," sambil tersenyum..

Dia senyum? Saya lagi lah senyum sampai ke dahi. Bukan telinga lagi dah! HAHAHAHA!!! Gelak Godzilla jap. Tapi dalam hati je lah.

Tak sempat nak interview dia lagi, no giliran dia dah tiba. Pastu saya. Nombor saya pula saya bagi kat orang lain. Cara orang tu terima? tak yah citer kat sini lah ye. #GRrrrrrrr... :D

Urusan PNB setel dalam kurang setengah jam. alhamdulillah...........


PERKARA 2:

Haritu jual batu seremban Mama Su buat kat sorang customer ni dari Johor. Haaa... Mama Su supplier batu seremban ye kawan2. Dari saya sekolah rendah. Sampailah sekarang. Sape nak sila roger saya. Wasap 0172951109. #selitiklanskit.  Hihi..

OK. Kembali kepada cerita asal..

Orang kata kita kawan biar beribu. Musuh janganlah ada walaupun satu. Kebetulan dia datang ke Putrajaya. Setel urusan PNB tadi terus p jumpa dia. First time bertemu macam dah kenal bertahun2. Memang seronok dapat kawan baru. Honestly, dia lah yang membuatkan harini Su nak menulis semula.  Tapi bagi Su dia ni unik. Dia suka baca blog. Tapi takde FB. Whatapps pun tak letak profile picture. Diselubungi misteri....... Tapi pada Su orang macam ni yang kita respect. Dari kita ni. Bangun pagi bukak FB terus baca cerita sana sini. Caci maki oranglah (baca luahan hati orang lain ye). Fitnah nauzubillah. Macam macam.Bukan nak kata semua buruk. Banyak gak yang positif contoh dapat beli barang online #pompuan.shoppingjetau. :D. Tapi sure tetap terselit dan terbaca yang negatif. Tapi kakak ni memilih untuk menjaga privasi dia dan keluarga dia. Thumbs Up kakak! Tak semua orang mampu buat macam akak (Contoh terdekat sayeeee...)


KESIMPULANNYA.....

Mak-mak pesan, DONT TALK TO STRANGER. Boleh untuk kita yang dah berakal ni. Tapi untuk tujuan yang murni. Jangan sesekali sombong ngan orang lain. Layan orang macam mana kita nak dilayan.Insyaallah, Allah akan permudahkan urusan kita. AMINNNNNNN... 

DAH. P sambung buat kerja. Kang mai balik baca story Su lagi ek.

PSSTTTTTT...... Su skarang dah jadi orang gomen!!!! Syukur.... 



No comments:

Post a Comment