Thursday, March 20, 2014

Fafau, AG Dan Fizi. Hotfm cool! πŸ˜†

Macam biasa, pepagi mai opis p isi perut dulu sebelum start kerja. Tapi pagi ni special, dihiburkan secara live oleh penyampai2 radio Hotfm Fafau, AG dan Fizi. Tersengih tak sudah sepanjang minum teh. Kita share sikit video persembahan diorang kat kafe Sri Pentas ni ya. Chaiyokkkk!
Sure terharu abg roti canai ni kan ;) x dilupakan, sesi posing ibu sumayyah n fren. Hehe.

senyuman di pagi hari

Dari kiri, AG, Kak Yan (team Nona) Fafau, Fizi dan saya :>

Bersarapanlah macam orang kaya, lunch macam orang sederhana dan dinner macam orang miskin ok. Selamat bekerja!

MH370, kembalilah...

Hari ni hari ke-12 pesawat MH370 hilang dari radar.Ibu sumayyah ke Hotel Everly, meninjau keadaan keluarga MH370. Masa ni ramai family yg dah balik. Mereka lebih selesa dengar berita dari rumah. Yg masih memenuhi ruang lobby ialah media tempatan dan antarabangsa.


Media yang setia menanti di lobi hotel

 


Media. Terus menanti...



Thumbs up buat pihak sekuriti dan semua yg terlibat untuk menjaga kebajikan keluarga. Privacy ahli keluarga dijaga. Media yg hadir pun dijaga baik. Mereka sediakan makan yg best. Nasi beriani beras panjang lagi :)

Tempat ahli keluarga berkumpul


Bergambar bersama makanan yang sedap. Abaikan yang lain di belakang tu ye :>

 
Masih tak dinafikan, keluarga masih bersedih dengan kehilangan mh370.ramai yg tidak mahu diganggu. Tapi kami sangat respect dengan Pak Selamat, ayah kepada Khairul yg berada di dalam mh370. Walaupun sedih, beliau tabah hadapi keadaan dan sudi untuk ditemuramah. Berkongsi rasa dan harapan dengan media buat santapan masyarakat. Tenang bila disoal dan redha dgn ketentuan ilahi.
 
Pak Selamat diinterview wartawan


Ibu Sumayyah bersama media dari Perancis. Ibu tak dapat krew. So terpaksalah shoot sendiri...- Pak Selamat bersama isteri


Wartawan Nasi Lemak Kopi O TV9 bersama adik Khairul, salah seorang penumpang MH370.

 
Apa pun, kami di bumi allah ini terus berdoa, akan ada perkhabaran baik daripada MH370. Segala yg baik datang dari Allah, yg buruk dari diri kita sendiri. ...

Ya Allah,
Jika MH370 di langit, turunkanlah,
Jika di laut, timbulkanlah,
Jika di darat, zahirkanlah,
Permudahkan kerja,
Sampaikanlah khabar gembira buat semua....

SAKSIKAN NONA, 13 APRIL 2014, HANYA DI TV3....

Monday, March 17, 2014

MAKAN LANDAK!

Semalam, ayah Sumayyah buat last minute plan, bawak kitorang semua p makan landak. YESSS. LANDAK!  Actually ibu memang mengidam nak makan landak masa mengandungkan adik Surayya. tapi tak dapat. La ni baru dapat. isk isk. takpe yang penting akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah!
 
Depa letak signboard kat tempat2 yang sangat strategik. Sangat membantu kepada orang yang selalu sesat macam Ibu Sumayyah :>
 
 
 
Lokasinya di Restoran Lembah Bernam, Jalan Parit 9, Sekinchan, Selangor. Punyelah suka sampai hafal alamat kedai tu. ahaks.
 

Pose depan kedai. Restoran Lembah Bernam. Ayah Sumayyah tertutup signboard pule.... (abaikan jerawat ibu. huhu)
 
 
 
Menu yang ada :>
 
Makanan eksotik kena order. so diorang masak fresh.macam landak ada pilihan nak masak rendang, masak kicap, dan apa lagi ntah. tak ingat. Ibu Sumayyah pilih landak masak rendang. again. memang sedap. nyum nyummmm :D
 
Landak rendang untuk ibu, ikan baung masak lemak cili api untuk ayah, ikan keli goreng untuk Sumayyah. Ulam macam2 ada.
 
 
Closeup rendang landak
 
 
 
Maya seronok masuk kampung. Ayah nape buat muka cenggitu ek? hmmm :>
 
 
 
Untuk lauk2 kat atas ikan baung, landak rendang, ulam, ikan keli dan 3 PINGGAN NASI, air sirap limau dan barli suam, total harga RM 38. Tapi puas hati sebab lauknya sume sedap... Bagi u olls yang suka makan, sangat suggestkan datang sini. Kedai nya berdepan dengan sawah. tapi tak amik gambo sawah sebab nak hujan. Nasib baik tak jerebu atau panas. Syukur... 
 
 

Wednesday, February 19, 2014

Nikmat Ibu

Lamanya tak update blog. Al-maklum, sumayyah dah dapat adik baru, so ibu sumayyah bertambah2 lah sibuknya. lagi2 kalau both princess ni 'menyanyi' atau 'poo-poo' serentak. berlari2 ibu ke sana sini. tapi idok juge kurusnya. dushhh...
 
walaupun penat lari sana-sini, mata dah semakin meng'panda' (sorry producer, buat perkataan sendiri..)  tapi rasa bersyukur sangat2 diberi peluang merasai nikmat bergelar ibu. banyak pahala free kita boleh dapat tanpa kita sedar masa kita 'bertugas', berkhidmat kepada anak2 kecil dan bapaknye juge. alhamdulillah...
 
Share gambar Sumayyah dan adiknya, Surayya sikit.:D
 
 
 
 time tido je la boleh snap. bila depa bangun, huru hara! Tapi takpe. ibu sumayyah sukeeee :D

 
 
 
 

Kak Ezah n Wawa (tudung pink) datang melawat. Tudung coklat tu adik n baju coklat tu nenek Sumayyah :>

 
 
Bagi yang masih menanti kehadiran si kecil dalam rumah tangga, jangan putus asa. ibu sumayyah pernah berada dalam kondisi 'penantian seribu harapan'. ibu faham perasaan kita sebagai isteri. yang penting terus usaha, cari alternatif (moden @ tradisional), doa secara spesifik kepadaNYA. Allah maha besar dan mendengar. yang moden boleh rujuk ke LPPKN. kurang sikit kosnya compared to private. Kalau nak yang tradisional, kena ringan mulut dan jgn malu untuk bertanya orang. Ibu sumayyah dulu buat cara tradisional. Memula pi johor, pastu Batu Kurau Perak, Last Rawang. alhamdulillah, lepas ikut cakap pakcik n makcik kat Rawang, Ibu Sumayyah disahkan hamil. Sumayyah dilahirkan kaedah normal. Adiknya terpaksa cezer sebab songsang. 2cara Ibu dah rasa. Yang ketiga? tunggu dulu ek. Yang penting kena cekal dan terus berusaha. Chaiyokkkk.!!!
 
Sampai sini dulu. Nanti ibu Sumayyah stori mori lagi ok! Psssttt. Sabtu ni nak p shooting rahsia cantik Maria Farida. U olls pun nak tau? Nanti kita share ok. Last but not least... 
 
 
Bila ibu bercuti, inilah kojenye... berkarya dari rumah :>


Daaaaaa!!!!  :D
 

Tuesday, November 12, 2013

ISLAMIC TOY FOR BABY SUMAYYAH...


Bila dah ada anak, hari-hari dok terfikir apa yang terbaik nak bagi kat dia kan. kalau kecik2 mainan la kan. Tapi ibu Sumayyah ni tak berminat nak belikan princess nye bear, anak patung, dll. bukan apa. Sebab dah berlambak dah kat umah. Kononnya nak carilah kelainan sikit untuk baby Sumayyah ni.



Sambil-sambil  survey kat internet, ibu Sumayyah ni sudah jatuh hati sama Apple Islamic Toys. Beli dengan seorang peniaga online, RM60. Wow. Pada ibu boleh tahan gak harganya. Tapi beli je la. Baby Sumayyah suka. bawak p tido, bila nak tukar channel dia hempas ke lantai (sebab tak reti tekan button), pegang masa tengah makan suka suki dia baling termasuk dalam mangkuk bubur. But guest what. Berbunyi n menyala lagi mainan ni. Ibu suka!





Disebabkan kebest...san (perkataan sendiri. hihi. jgn marah DBP) mainan ni, ibu pun tanya dengan penjual online tu, plan nak beli borong atau buat dropship. niat nak share ngan semua orang yang mungkin tercari2 jugak Islamic Toy untuk baby diorang. Malangnya, dok tanya tak berbalas.

Ibu Sumayyah tak putus asa, dok cari orang yang nak jual borong. Alhamdulillah. terjumpa satu hamba Allah ni dan dapat harga gile2 jauh lebih rendah! Apa lagi, berborong lah ibu Sumayyah. First borong haritu tak sempat nak post kat blog sebab dah habis :D  Ni second time ibu borong, dan bagi yang berminat kat luar sana, boleh terus sms ibu untuk dapatkan Islamic Toy ni. Berbaloi-baloi!!!
fb: Sulastri MJ @ 0172951109  :>






Friday, October 18, 2013

Nak Hamil dan Anak

Lama betul dah tak post kat blog. harini tetiba rasa nak buat entry tentang HAMIL & ANAK.

Aku ni lepas 3 tahun kahwin baru dapat anak. setahun setengah yang pertama gugur, masa tu outstation kat Sabah. macam2 usaha aku buat. buat semua yang orang suruh. makan buah hawa, urut, makan tu minum ni. biodex je tak amik sebab tak mampu. huhu.

Kalau nak kata tentang cabaran, memang tuhan je tau. ye lah. Adik beradik suami 12 orang dan dia anak sulung. Tahun yang sama kami bernikah, 3 orang adik suami pun kahwin juga dan semua dah dapat zuriat. Bila takde anak, orang tuding jari kat aku. Bersyukur dapat family, mak n mak mertua yang memahami. depa relak, orang lain plak yang lebih. memang sakit hati.... Tambahan pulak keguguran masa outstation. Walaupun masa tu baru 2 bulan setengah, tapi memang sangat terasa. Terus trauma tak boleh pegang baby langsung. Adik ipar dapat baby sanggup tak p ziarah sebab kalau tengok baby, confirm nangis tak henti....

Kalau cakap pasal urut, memula p jumpa ada orang tua ni kat Pagoh , Johor. Baru sekali 'berubat' orang tu dijemput Ilahi. takde rezeki aku la kan. Pastu masa p shooting kat Batu Kurau, Perak, sembang2 ter berkenalan dengan satu makcik ni tukang urut. masa tu shooting dengan jiran dia yang bela berpuluh ekor arnab. Mulalah sesi ulang alik KL- Batu Kurau, makan jamu, ubat n urut dengan makcik ni, tak jalan jugak. Masa tu dah mula give up. tapi tetap teruskan. Kengkawan yang p mekah dok belikan buah hawa, n tak lupa juga kirim doa mereka yang p buat haji n umrah.

Inilah rupa buah Hawa. Husband belah guna gergaji. sangat keras.
kredit kpd tuan punya gambar, wanitaislamkini.blogspot.com

Last sekali jumpa mak bapak kawan di Rawang. 'Adik' ni memang dari dulu suh aku jumpa parents dia minta nasihat. Selepas 3 tahun, baru terbuka hati nak p jumpa. Maknya bagi tips untuk wanita, Bapaknya urut n bagi tips pada suami.

Syukur rezeki Allah, lepas dua tiga kali berulang jumpa dan buat semua yang disuruh, aku disahkan mengandung. Suami keluar mandat, NO OUTSTATION. Pasrah. So paling jauh keluar shooting Shah Alam. Nasib baik gak bos memahami.




Excited. amik gambo outdoor..


23 October 2012, lahirlah baby Nur Sumayyah, yang dah lama betul ibu dan ayah tunggu. December 2013 ni akan menyusul pula adik Sumayyah.






Buat semua,  betul rezeki Allah yang beri, tapi kita sebagai manusia tetap kena usaha. Jangan malu bertanya orang. Bila kita buka mulut, orang lain mungkin boleh cadangkan penyelesaiannya, bagi contact. Bukan kita seorang hadapi masalah ni kat dunia. Jangan putus asa.Insyaallah rezeki ada, antara cepat dan lambat je...

Sunday, June 30, 2013

tulang pinggul hancur?

salam readers. post kali ni tak dapat nak share gambar. sebab masa kejadian, tab pulak habis bateri. hmmm.... story kali ni berbunyi begini...

di hari sabtu yang hening, hari yang sepatutnya su spend dgn keluarga, terpaksalah dikorbankan demi tugas.inilah benda yang seorang wartawan kena hadap. tapi bukan selalu pun ( mungkin sbb su dah senior kot. so assignment weekend mintak tolong junior setel. hehe. tapi kali ni terpaksa gak p...). k da stat melalut.

sabtu haritu su p cover fashion show designer dari indonesia. memang meletopsss. kang kalau su edit story tu su post gambo ek. pastu masa kat meja makan su duduk kat sebelah aunty ni.dgn confident su tanya,
" puan ni media ke?"
" bukan dik. saya tetamu jemputan"
ok. saya sudah malu di situ. hehe. takpelah. kata pun baru nak berkenalankan.
tiba waktu makan. su simpati dengan puan sebelah su tadi. dia ada problem dgn tangan dia. tgn kanan dia menggeletar dan tak kuat nak angkat sudu. so dia pegang sudu dgn 2 tangan. dlm pinggan ada spagetti dgn pisang goreng.rasa mcm nak tolong suap je tapi takut dia malu. dia berjaya gak makan spageti dgn usahanyg gigih.

tiba tang pisang su tak tahan dah. su terus minta izin dia untuk tolong potong2 kan. dan dia izinkan. su pun potong kecil2 . bagi senang dia makan. pastu designer plak panggil sebab td su minta interview pelakon sinetron kat belakang pentas. siapa pun bukan su kenal. tak tgk cite indon pun. layan je la.

setel keje duduk balik kat tempat tadi. puan tu mula cerita tentang penyakit dia.
" saya dulu lagi teruk tak le jalan langsung. sebab tulang pinggul hancur."
" what? hancur? eksiden ke? " tengok. wartawan yg suka sibuk hal orang.hihi
" bukan. saya ada makan ubat asma ni. 5 tahun. asma hilang. tapi tak sangka rupanya effect kat tulang. sejak tu melarat"

seram gak dgr kan. so pengajaran utk kita, kalau nak ambil sebarang ubat tu kena check betul2 sama ada selamat atau tak. jgn mudah percaya dan bertanyalah dgn pakar. time ni lah korang kena gunakan kawan2 korang yg dah bergelar doktor tu. dapat consultation free... : D

masa nak balik aku pun salam puan tu n dia terus peluk aku erat. lama ok. terkejut gak. bukan peluk yang laga pipi kiri kanan  tu. tapi peluk mcm seorang mak yg lama x jumpa anaknya. terharu sat. beria dia minta kad. su bagi je la.  moral of the story, kalau nampak seseorang dalam kesulitan, tolonglah dia. seronok  bila tgk orang lain gembira. tak percaya? cuba try dulu. ok chowwww. kang kita sambung lagi ek. banyak benda nak cite tapi banyak sgt assignment musim2 nak raya ni. daaaaaaa :>